Kek coklat lembap bersama ganache..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Death By Chocolate Cake (Kek Coklat)

Kek coklat lembap bersama ganache..

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan gula (kisar)
  • 2 cawan tepung (ayak)
  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak (saya guna mentega cair)
  • 1 cawan air panas didih
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Ganache:
  • 2 cawan krim putar (bukan tenusu)
  • 500g coklat masakan
  • 1/8 cawan ‘golden syrup’
  • Krim putar:
  • 1 cawan krim putar (bukan tenusu)
CARA PENYEDIAAN
  • Tepung + serbuk koko + soda bikarbonat + serbuk penaik di ayak bersama.
  • Pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila.
  • Masukkan susu dan minyak/mentega cair dalam adunan, kacau sebati.
  • Masukkan bahan yang diayak (cara 1) ke dalam adunan. Gaul dengan cara kaup balik.
  • Akhir sekali, masukkan air panas..kacau sebati.
  • Bakar selama 45 minit pada suhu 175-180C. Boleh juga kukus selama lebih kurang 1 jam.
  • **Untuk ganache:
  • Dalam mangkuk kecil, didihkan krim putar.
  • Bila dah didih, padam api…dan masukkan coklat masakan. Kacau sebati.
  • Tambahkan ‘golden syrup’.
  • Ambil 1 cawan ganache..bakinya simpan dalam peti sejuk.
  • **Untuk krim putar: Pukul 1 cawan krim putar sampai bertanduk, kemudian tuangkan 1 cawan ganache yang di ambil dari langkah sebelum ini. Kacau sebati.
  • Kek yang dah siap..dipotong tengah-tengah. Sapukan dengan krim putar dari langkah di atas. Kemudian lapiskan dengan kek yang separuh lagi…sapu hingga menutupi keseluruhan kek. Kemudian, simpan dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit.
  • Ambil kek yang dah disapu krim putar tadi, sapukan pula dengan ganache yang kita dah simpan dalam peti (rujuk langkah 11). Simpan semula dalam peti lebih kurang 30 minit.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN