Resipi biskut kegemaran D sejak kecil. Resipi turun temurun yang berumur lebih 40 tahun.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

D’Cheesy Cookies

Resipi biskut kegemaran D sejak kecil. Resipi turun temurun yang berumur lebih 40 tahun.

BAHAN-BAHAN

  • 9 oz (255 gram) mentega, dilembutkan pada suhu bilik
  • 8 oz (227 gram) gula halus
  • 13 oz (368 gram) tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 kotak (250 gram) keju cheddar, disagat halus
  • sedikit pewarna kuning
  • sedikit esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega dan gula halus menggunakan hand whisk sehingga ia kembang.
  • Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati. Masukkan juga esen vanilla dan pewarna kuning.
  • Masukkan keju yang telah disagut halus. Gaul sebati.
  • Akhir sekali masukkan tepung dan gaul rata.
  • Adunan biskut ini memang lembik dan harus dipipekan menggunakan bentuk semperit sikat, daun ataupun bentuk lain menggunakan pesawah.
  • Bakar biskut menggunakan suhu 170’C sehingga biskut masak dan tukar kekuningan.
  • Nota: Keju hendaklah disagat menggunakan sagat yang halus, kalau tidak nanti susah nak bentukkan biskut. Adunan resipi ini memang lembik, JANGAN anda tambahkan tepung. Adunan tidak sesuai untuk dicanai dan diterap. Jarakkan biskut di atas loyang pembakar. Bila dibakar ia akan kembang sedikit.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN