Resipi untuk kanak-kanak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Dayung Sampan

Resipi untuk kanak-kanak.

BAHAN-BAHAN

  • 2 keping roti sandwich (digelek nipis)
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • 1 keping ham ayam (dipotong kecil)
  • 1 keping keju (dipotong kecil)
  • Serbuk lada hitam secukup rasa
  • Sedikit mentega atau marjerin
  • Mayonis dan sos secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Potong roti mengikut bentuk seperti di atas. Susunkan ham ayam dan keju di atas roti dan taburkan sedikit serbuk lada hitam. Tutup inti ham ayam tadi dengan roti. Kemaskan setiap penjuru terbuka dengan air hingga tertutup rapi.
  • Sapukan dulang pembakar dengan mentega/marjerin. Celupkan roti tadi ke dalam telur. Letakkan dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 darjah Celcius hingga keemasan.
  • Keluarkan dari ketuhar dan hiaskan dengan mayonis dan sos.
  • NOTA : Boleh juga digoreng.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN