resipi asal menggunakan daging lembu,dari K.Nor@SecubitGaram.
daging unta berbeza rasa dan aromanya bebanding daging lembu..
terasa cmm kat fadang fasir laks..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging Unta Goreng Berempah

resipi asal menggunakan daging lembu,dari K.Nor@SecubitGaram.
daging unta berbeza rasa dan aromanya bebanding daging lembu..
terasa cmm kat fadang fasir laks..

BAHAN-BAHAN

  • 400gm daging ~ dipotong kecil/nipis
  • sedikit tepung gandum
  • 1 sudu besar cili mesin
  • 1 biji bawang besar ~ dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar ~ dipotong baji/wedges
  • 3 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
  • 1 inci halia ~ ditumbuk
  • 3 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam ~ lebih sedap jika guna lada hitam yg baru ditumbuk
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 keping asam keping
  • air secukupnya (lebih kurang 1 cawan)
  • 3 biji cili merah/hijau
  • garam, gula
  • daun ketumbar secukupnya ~ dihiris
  • minyak
CARA PENYEDIAAN
  • Daging digaul dengan tepung gandum,biar kejap,basuh dan toskan
  • Perapkan daging bersama serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam.(dalam setengah jam)
  • Panaskan minyak dan masukkan bawang besar yg dihiris.Goreng hingga bawang layu dan masukkn bawang putih serta halia. Goreng lagi hingga wangi.
  • Masukkan cili mesin dan tumis hingga garing.
  • Masukkan kicap dan daging yg diperap tadi dan goreng hingga daging berubah warna.
  • Masukkan asam keping dan air secukupnya dan kacau.(air separas dgn daging)
  • Tutup kuali dan biarkan mereneh dgn api sederhana dgn sesekali mengacau supaya masak serata.
  • Kemudian masukkan cili, bawang besar yg dipotong baji, garam dan gula secukupnya. Kacau.
  • Masak hingga kepekatan yg disukai.
  • * Utk daging lembu – kalau menggunakan daging batang pinang tak perlu guna air yg banyak, sekadar 1/4 – 1/2 cawan sudah memadai.
  • Sesuai dihidangkan dengan nasi berperisa spt Saffron Rice utk feel ‘Arab’

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN