Masakan orang bekerja dan simple..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging Masak Kicap Lada Hitam

Masakan orang bekerja dan simple..

BAHAN-BAHAN

  • 150gm – 200gm daging (dipotong nipis)
  • 2 ulas bawang merah + 1 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • 1 biji kentang (dipotong bulat atau ikut selera masing-masing)
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar rempah sup (saya guna ADABI)
  • 1 sudu besar kicap pekat (saya guna kicap mee)
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 1/2 biji bawang besar (dimayang)
  • sedikit minyak untuk memasak
  • Sedikit empat beradik rempah (bunga lawang-2kelopak, cengkih-2,pelaga-2, kayu manis-1 inci)
  • 2-2 1/2 cawan air
CARA PENYEDIAAN
  • Perapkan daging yang dipotong nipis tadi dengan rempah sup dan bawang yang ditumbuk. Biarkan sebentar.
  • Gaulkan kentang dengan sedikit garam dan goreng keemasan (empuk).
  • Kuali yang sama goreng kentang, kurangkan sedikit minyak dan tumiskan 4 rempah empat beradik, biarkan sekejap.
  • Kemudian, masukkan daging yang diperap tadi. Gorengkan daging tersebut hingga layu.
  • Masukkan air dan biarkan daging empuk. Kacau sekali sekala.
  • Bila air daging dah tinggal sedikit berkuah tetapi daging belum empuk bole tambahkan air lagi. Jika dah empuk boleh masukkan kicap dan serbuk lada hitam. Kacau sekejap. Masukkan bawang besar yang dimayang tadi. Kacau lagi.
  • Kemudian, masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan kentang yang digoreng tadi. Kacau sebati dan tutup api.
  • Dah siap.. sedia untuk dihidangkan. Sedap makan dengan nasi panas..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN