resepi yang telah diubah suai hasil gabungan dendeng, black pepper dan masak kicap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging Cendawan

resepi yang telah diubah suai hasil gabungan dendeng, black pepper dan masak kicap.

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg daging
  • Bahan untuk dikisar: 6 biji bawang merah, 4 biji bawang putih, 1 inci halia.
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar gula merah dicairkan dengan 3 sudu air panas.
  • 1 sudu besar lada hitam kasar
  • sebatang serai dititik
  • cendawan shitake (ikut suka nak byk atau sikit)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit.
  • Bahan untuk hiris: 1 biji bawang besar, cili hijau dan cili merah
  • 1 biji tomato dipotong kecil.
  • Air asam jawa, garam, air dan minyak secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Daging dihiris. Direbus hingga 3/4 empuk dengan lebih kurang 2 litre air.
  • Setelah daging empuk,angkat dan toskan. Jangan buang air rebusan.
  • Daging yang telah empuk tadi dimasukkan ke dalam mangkuk. Perap daging bersama garam kunyit serta lada sulah. Campurkan 3 sudu besar air rebusan daging tadi,gaul dan biarkan selama setengah jam.
  • Sementara itu, panaskan kuali dengan sedikit minyak dan masukkan serai yg dititik tadi sehingga wangi dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.
  • Masukkan cili kisar, kacau rata dan masak sehingga naik minyak dan garing.
  • Masukkan air asam jawa, kicap manis, sos tiram dan garam. Kacau dan biarkan mendidih dan kering sedikit.
  • Sekarang masukkan daging yang telah diperap tadi, cendawan bersama dengan bahan yang telah dihiris serta tomato yang telah dipotong kecil. Masukkan juga air rebusan daging tadi lebih kurang secawan. biarkan mendidih.
  • Yang terakhir masukkan gula merah yang telah dicairkan dan masak lagi sehingga kering mengikut citarasa anda…
  • *lada hitam, garam,air asam jawa, boleh ditambah dan dikurang mengikut rasa.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN