Sesuai untuk buat sahur tapi maaf tak dapat ambil gambar.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging Black Pepper

Sesuai untuk buat sahur tapi maaf tak dapat ambil gambar.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kg daging
  • 1/2 botol sos BBQ Yasmeen (lada hitam)
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu teh garam gunung (keluaran HalaGel )
  • 1 biji bawang besar
  • 2 helai daun bawang
  • 2 sudu besar minyak
CARA PENYEDIAAN
  • Daging dihiring nipis. Rebuskan daging dengan air secukupnya sehingga daging empuk.
  • Bancuhkan sos BBQ dengan air.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Goreng bawang – jangan sampai layu sangat.
  • Masukkan sos yang telah dibancuh dengan air – kacau sehingga menggelegak.
  • Masukkan daging rebus yang telah empuk tadi. Masak lebih kurang 10 minit dan tutup api. Taburkan daun bawang.
  • Siap untuk dihidangkan.
  • Nota : Daging boleh juga ditukar dengan ayam tetapi ayam hendaklah digoreng terlebih dahulu dengan kunyit dan garam
    (maka tak perlu ditambah garam lagi).

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN