Baru cuba buat, tapi hasilnya sedap!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Da Yam Cake (Kek Keladi)

Baru cuba buat, tapi hasilnya sedap!

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 cawan mentega
  • 1 1/2 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan keladi (kukus/rebus dengan sedikit garam dan lecek)
  • 1/4 cawan krim masam
  • 2 sudu besar jus oren segar
  • 1/2 sudu teh parutan kulit oren
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan kismis kuning
  • 1/4 sudu teh sirap maple
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan ketuhar 350 darjah F. Sapukan acuan bentuk tiub dengan mentega.
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan satu demi satu telur dan pukul hingga kembang.
  • Masukkan vanila, sirap, keladi, krim masam, jus oren dan kulit oren ke dalam adunan dan adun hingga sebati dan lembut.
  • Dalam bekas yang lain campurkan tepung, serbuk penaik, soda, serbuk kayu manis dan garam. Kemudian masukkan campuran ini ke dalam adunan yang diputar tadi sedikit demi sedikit hingga sebati.
  • Kemudian campurkan kismis dan gaulkan.
  • Tuangkan adunan ini ke dalam acuan yang telah disapukan mentega tadi. Bakar selama 1 jam atau 1 jam 15 minit. Uji kek anda dengan mencucuk lidi ke dalamnya. Jika tiada sisa melekat pada lidi tersebut bermakna kek anda telah masak.
  • Biarkan kek anda sejuk dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan. Bolehlah dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN