resepi dari : NisaMPB
sesuai utk minum petang atau utk majlis keraian

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Custard Peach Tart

resepi dari : NisaMPB
sesuai utk minum petang atau utk majlis keraian

BAHAN-BAHAN

  • • 250 gm butter, suhu bilik (sy guna mentega biasa)
  • • 120 gm gula ising
  • • 2 biji kuning telur
  • • 440 gm tepung gandum, diayak dahulu
  • • 1 tsp esen vanilla
  • • Inti Kastad :-
  • : 2 tbsp tepung gandum
  • : 2 tbsp tepung kastard atau tepung jagung
  • : 8 tbsp gula kastor
  • : 2 cwn (500ml) susu segar (fresh milk)
  • : 2 biji telur (dipukul mcm nak buat telur dadar)
  • : 2 tbsp (30 gm) mentega
  • : Buah Utk Hiasan: Peach dalam tin, dihiris ikut suka (atau apa2 buah)
  • sedikit coklat masakan utk dicairkan dan disapu pada kulit tart bahagian dalam (masak cara double boil) – optional
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul butter & gula hingga kembang, + kuning telur, pukul lagi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
  • Susun acuan tart diatas dulang pembakar. Ambil sedikit doh lalu buat bulat2 sebesar ibu jari kaki, masukkan dalam acuan tart, tekan doh kesekeliling acuan untuk membentuk tart pastri & trim dengan pisau di tepinya. Boleh tengok cara2 buat kulit tart di youtube.com
  • Panaskan oven pada suhu 175C.
  • Cucuk dengan garfu di tengah2 doh tersebut lalu bakar selama 20min atau sehingga kekuningan
  • Keluarkan dari oven & tunggu hingga sejuk sebelum menanggalkan pastri dari acuan.
  • Cara Membuat Inti Kastad:
  • Campurkan tepung gandum, kastard & gula dalam periuk yg kecil. Campurkan hanya 2 tbsp susu daripada 2 cwn susu tadi & kacau rata.
  • Masukkan telur sebiji2 & aduk rata lagi. Lalu masukkan selebih susu segar tadi & kacau lagi hingga larut. (Tanpa dipasang api)
  • Kacau adunan ini di atas api yg kecil hingga agak kental. *Peringatan* : adunan ini mesti sentiasa dikacau supaya tidak berbentil2.
  • Apabila sudah kental, alihkan dari api lalu masukkan mentega tadi & kacau lagi hingga sebati. Ketepikan seketika bagi sejuk sekejap utk proses pengisian pada tart.
  • Ambil sesudu kecil inti kastad & bubuh ke dalam mangkuk tat yg telah sejuk tadi. (boleh mengisi isian kastad ini ke dlm piping beg lalu picitkan satu-persatu pd mangkuk tat)
  • Hiaskan dengan buah peach (atau apa2 buah) yangtelah dipotong kecil.
  • Disimpan sejuk dalam peti sejuk atau dimakan segera. Serve cold.
  • kalau nak bagi kulit tart tak lembik , bolehlah sapukan coklat masakan yg sudah dicairkan dan tunggu kering sebelum diisi kustard. Kalau tak letak pun tak pe, tapi kene makan segera. Coklat ini menghalang daripada kelembapan kustart mempengaruhi kerangupan kulit tart.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN