Sangat senang dan sedap! Resipi asal diambil dari mamafami fotopages. Sudah lama cuba, baru nak letak di sini.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cupcake Puan Sri

Sangat senang dan sedap! Resipi asal diambil dari mamafami fotopages. Sudah lama cuba, baru nak letak di sini.

BAHAN-BAHAN

  • 200 g mentega
  • 160 g gula kastor (resipi sebenar guna 180 g)
  • 3 sudu besar tepung kastad
  • 220 g tepung naik sendiri
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven kepada 175C. Ayak tepung naik sendiri dan tepung kastad.
  • Pukul mentega dan gula sampai kembang.
  • Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul.
  • Tambahkan esen ke dalam adunan tadi. Kemudian, masukkan tepung yang telah diayak.
  • Isikan dulang muffin dengan acuan kertas muffin. Masukkan adunan tadi ke dalam acuan. Kalau guna skop aiskrim lebih senang.
  • Bakar selama 20-25 minit atau hingga kek cawan masak. Siap dan hidangkan. Kalau rajin, bolehlah hiaskan kek tu dengan aising atau krim.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN