belebat ubi

Penggemar kuih-muih tradisional Malaysia pasti tahu kuih belebat ubi ini.

Sekarang dah susah nak jumpa orang jual kuih ni. Bila teringin, terpaksa buat sendiri.

Haa jangan risau, kalau ada nak cuba buat sendiri, ikut saja resipi di bawah ya.

Baca juga: Cara Buat Sira Labu Berkilat, Manisan Wajib Kenduri Kahwin Kelantan

CARA BUAT BELEBAT UBI

Bahan-bahan:

  • 1 ketul keledek ungu
  • 1 ketul keledek oren
  • Tepung beras 1 cawan
  • 3 ½ cawan santan
  • 4 sudu besar gula
  • ½ sudu teh garam halus
  • Daun pisang

Cara-cara:

1. Kukus ubi keledek ungu dan oren. Jangan sampai terlalu empuk, sejukkan, kupas kulit potong dadu.

2. Bancuh tepung beras, santan, garam dan gula. Kemudian kacau atas api perlahan hingga pekat.

3. Masukkan keledek yang dikukus & dipotong dadu ke dalam tepung yg dah masak.

4. Kacau perlahan-lahan jangan sampai hancur.

5. Ambil sekeping daun pisang yang sudah dilayur. Pakai sudu letak adunan tengah-tengah daun pisang.

6. Lipat seperti membungkus nasi lemak.

7. Susun dalam pengukus dan kukus lebih kurang 15 minit. Tak perlu lama kerana semua dah masak.

Kredit: Imi Aruz

Baca juga: Resipi Tepung Bungkus Lemak & Lembut, Kuih Tradisi Kegemaran Ramai Sepanjang Zaman

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN