ada pelbagai versi nak buat cucur…yg ni resepi makcik saya…n saya selalu guna resepi nih…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cucur Kucai

ada pelbagai versi nak buat cucur…yg ni resepi makcik saya…n saya selalu guna resepi nih…

BAHAN-BAHAN

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan sayur kucai- dihiris
  • 6 cili kering*
  • 1/2 cawan ikan bilis*
  • 1 bawang besar*
  • 1 cawan air*
  • telur sebiji* (blend bahan*)
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 1 1/2 sudu teh baking powder- sudu rata
  • bahan2 tuk sos cili
  • 10- 15 cili kering *- direbus dan tos
  • 3 bawang putih*
  • 1 bawang besar*- saiz sederhana
  • skit halia*- skit je
  • 4 cawan air*
  • 2 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 1 1/2 sudu teh tepung jagung dan bancuh dgn air skit.
CARA PENYEDIAAN
  • satukan tepung gandum, garam dan baking powder dalam mangkok…kacau2 rata….bahan yg telah di blend tadi…masukkan 1/2 cawan daun kucai kat dlm dia dan blend sekejap je….lepas tu masukkan bahan blend dlm campuran tepung tadi…gaul rata. kemudian masukkan lebihan sayur kucai tadi dan kacau2 lagi hingga rata. dah siap…simpan dlm peti ais dlm 20- 30 minit….tuk perap kan dia….
  • sementara itu boleh buat sos cili….cara2 dia…mula2 blend bahan bertanda hingga hancur…kemudian masukkan dalam periuk dan masak guna api kecil….masukkan juga sos cili, gula dan garam…..masak api pelan je…kalau kuat sangat nanti dia membuak….masak hingga didih dan cili masak….
  • bila cili dah didih…boleh masukkan campuran tepung jagung tadi tuk pekatkan kuah…..saya suka kuah yg kurang manis dan pekat…kalau anda suka kuah yg manis dan cair cam org jual tu boleh le tambah air lagi dan tambah lagi gula ikut citarasa anda.
  • keluarkan adunan cucur dari peti ais dan goreng macam biasa…saya nak senang guna je scoop aiskrim tu kalau nak dpt bentuk yg sekata….bila dah kuning boleh la diangkat….dan potong2 kan cucur…lepas tu curahkan sos cili..siap..bleh makan dah!! :)
  • kalau nak masukkan taugeh pun boleh….udang pun boleh….ikut citarasa masing2….

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN