Semalam belajar dari kawan, my 1st trial. Sungguh tak mengecewakan.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
3jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Croissant
Semalam belajar dari kawan, my 1st trial. Sungguh tak mengecewakan.
BAHAN-BAHAN
- 500gm tepung gandum
- 90gm gula
- 350ml susu suam
- 340gm butter
- 15gm yeast
- sedikit garam
- telur untuk kilatkan croissant
- tepung untuk dusting
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan tepung, gula, garam, yeast & amp; susu ke dalam mixer, pukul selama 8-10 minit. Sudah siap pukul, tabur-taburkan tepung sikit (dust), cantik-cantikkan doh itu sikit & amp; biarkan naik 2 kali ganda (1.5 – 2 jam). Seeloknya tutup dengan towel basah.
- Sementara tunggu doh naik, kita siapkan butter. Letakkan butter di atas cling wrap & amp; tutup di atasnya dengan cling wrap. Penyekkan dengan tangan sikit, & amp; lepas itu lenyekkan dengan roller pin. (jadikan dia bentuk 4 segi). Tak jadi 4 segi pun boleh. Selepas itu simpan mentega itu dalam peti sejuk sekejap sementara tunggu doh naik. (jangan sampai terkeras sangat pula mentega ini nanti, agak-agak.) Butter Ini saya lenyek panjang sangat. Kalau anda buat, pendekkan sedikit.
- Bila doh dah ready, kita canai doh supaya jadi 4 segi panjang. Letakkan mentega di tengah doh & lipatkan doh tersebut (macam kita lipat kain) supaya bertemu antara satu sama lain). Pastikan doh cover ke semua butter yang di dalam tu.
- Bila sudah lipat, kita canai lagi sekali. Kali ini, pastikan lipatan yang bertemu mula-mula tadi dalam posisi menegak (12 o’clock & amp; 6 o’clock). Canai memanjang dan lipat lagi sekali. Balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
- Keluarkan dari fridge, canai lagi macam proses no. 3 dan simpan lagi dalam fridge. Bila dah cukup 30 minit, keluarkan dan ulang lagi proses yang sama dan kali ni simpan overnite dalam fridge.
- Bila nak mula shaping, keluarkan dari fridge dan belah dua doh seperti dalam gambar.
- Canai nipis doh senipis 0.4 – 0.5 cm dalam bentuk 4 segi memanjang. Kemudian kemaskan bahagian tepi doh degan pisau. Potong doh seperti dalam gambar.
- Gulung doh dari bawah ke atas, seperti dalam gambar. Ulang sehingga habis. Rehatkan untuk doh membesar 2 kai ganda. Sapukan telur di atasnya dan bakar (15 minis – 190C).
- p/s – Resepi ini banyak guna tepung untuk dusting, especially masa hendak canai. Make sure kita brush away the dusting before kita chill it dalam fridge.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.