Roti kopi dengan cip coklat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Coffee Roll

Roti kopi dengan cip coklat.

BAHAN-BAHAN

  • 125ml susu segar
  • 200g tepung roti
  • 8g gula
  • 3g garam
  • 8g mentega
  • 3g(1 sudu besar) yis
  • 3 sudu besar serbuk kopi segera
  • 30g cip coklat
  • Telur untuk sapu
  • Kacang walnut yang telah dikisar kasar secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan semua bahan-bahan dari no.1- no.6 ke dalam ‘breadmaker’. Pilih menu untuk buat doh. Tekan butang ON.
  • Bila dah siap, keluarkan dari mesin. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 6 bahagian. Bulatkan. Rehatkan selama 10-15 minit.
  • Canaikan doh. Letakkan kopi dan cip coklat ke atas roti. Kemudian gulung. Gelek sikit dengan tangan biar jadi panjang.
  • Lipatkan 2 seperti dalam gambar di sebelah.
  • Potong 2 tapi jangan sampai putus.
  • Kemudian pegang pada kedua-dua bahagian yang terputus dan putarkan dengan sebelah kanan ke arah dalam dan sebelah lagi ke arah luar.
  • Lepas tu ambik kedua-dua hujung. Simpulkan macam ikat tali.
  • Biarkan naik 2 kali ganda. Sapukan dengan telur dan taburkan kacang walnut. Bakar dalam oven selama 10-15 minit pada suhu 180C.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN