roti italy tersangatlah mudah, tak perlu telur @ butter @ susu dan paling penting, tak perlu uli…sangat healthy

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

ciabatta bread

roti italy tersangatlah mudah, tak perlu telur @ butter @ susu dan paling penting, tak perlu uli…sangat healthy

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung roti
  • 1/4 sk garam
  • 1/2 sk yis kering
  • 1 cawan air suam
  • 1/2 cawan biskut digestive yang dihancurkan halus (kalau tak ada digestive, mana-mana biskut bijirin pon boleh)
  • * sedikit tepung gandum dan serbuk biskut digestive yang hancur untuk ditabur
CARA PENYEDIAAN
  • campurkan semua bahan kering kecuali bahan * di dalam mangkuk dan dikacau sebati.
  • masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan spatula.kacau sehingga semua sebati.
  • tutup mangkuk dengan plastic wrap dan dibiarkan pada suhu bilik selama 2 jam
  • keluarkan angin pada doh dengan menggunakan spatula.
  • lapiskan loyang dengan kertas minyak.taburkan tepung atas papan canai dan keluarkan doh, bentukkan doh memanjang.
  • letakkan doh di atas loyang itu tadi dan taburkan sedikit biskut hancur di atasnya.biarkan naik selama 2 jam.
  • bakar roti pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit. kemudian tutup api dan biarkan roti di dalam 15 minit.roti siap untuk dihidangkan dengan butter, jem, peanut butter..dicicah dengan kopi pon sedap! lembut mcm roti gardenia

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN