Kek gulung coklat yang ringkas.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Chocolate Roll Cake

Kek gulung coklat yang ringkas.

BAHAN-BAHAN

  • 4 biji telur
  • 35g tepung gandum
  • 15g serbuk koko
  • 50g gula halus
  • Krim:
  • 125g krim keju
  • 150g krim segar/ krim putar
  • 30g gula halus
  • 1 sudu besar jus lemon
CARA PENYEDIAAN
  • Alaskan dulang dengan kertas/lapik. Asingkan kuning dan putih telur. Ayakkan tepung gandum dan serbuk koko. Panaskan oven sehingga 180C.
  • Pukul telur putih sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sikit-sikit sebanyak 3 kali sambil dipukul. Pukul sehingga kembang/bertanduk.
  • Masukkan kuning telur satu persatu. Pukul dengan perlahan-lahan.
  • Masukkan tepung yang telah diayak tadi. Kacau dengan spatula. Tuang adunan ke dalam dulang oven dan ratakan.
  • Bakar selama 10 minit dengan suhu 180C. Kemudian sejukkan.
  • Sementara itu sediakan krimnya. Pukul krim keju dan gula sehingga jadi lembut. Kemudian masukkan krim segar dan jus lemon. Pukul lagi sehingga jadi bentuk krim.
  • Sapukan krim ke atas kek tadi. Kemudian gulung. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1-2 jam sebelum dipotong.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN