Resepi ni memerlukan byk teknik & step….pada sesiapa yg ingin meningkatkan skill & prestasi dlm membuat kek ble la mencuba resepi ini…; )

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

CHOCOLATE INDULGENCE

Resepi ni memerlukan byk teknik & step….pada sesiapa yg ingin meningkatkan skill & prestasi dlm membuat kek ble la mencuba resepi ini…; )

BAHAN-BAHAN

  • Chocolate chiffon:
  • Bahan A
  • 30g serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
  • 4 biji kuning telur
  • 130g Self raising flour
  • 1/2 tsp baking powder + 1/2 tsp soda
  • 60ml mentega cair / minyak jagung
  • 100g gula kastor
  • 1 tsp vanilla
  • Bahan B
  • 4 biji putih telur
  • 60g gula kastor
  • 1/4 tsp cream of tartar
  • Chocolate mousse:
  • 200g dark cooking chocolate
  • 2 kuning telur (di pukul dahulu)
  • 2 putih telur (di putar hingga kembang)
  • 60g gula kastor
  • 1/2 tbsp butter
  • 250ml Whipping cream – pukul hingga pekat
  • 1 1/2 tbsp gelatin
  • 50ml air
  • Simpan sedikit mousse coklat utk di sapu tipis atas kek
  • White chocolate mousse:
  • 200g white cooking chocolate
  • 100ml fresh milk
  • 2 kuning telur ( dipukul dahulu)
  • 2 putih telur ( pukul hingga kembang)
  • 60g gula kastor
  • 250ml whipping cream – pukul hingga pekat
  • 2 tbsp gelatin
  • 50ml air
  • Chocolate ganache (Topping):
  • 150ml whipping cream
  • 350g dark cooking chocolate
  • 1 tbsp mentega cair
CARA PENYEDIAAN
  • Chocolate chiffon: Panaskan oven pd suhu 180 C. Campurkan bhn2 A & pukul hingga kembang menggunakan high speed. Dlm mangkuk lain, pukul bhn B hingga kembang. Masukkan bhn A kedlm B guna teknik kaup balik. Tuang ke dlm loyang 9 inci & bakar selama 30-40 min. Angkat kek & terbalikkan atas redai sampai betul sejuk baru potong kepada 4 lapisan.
  • Chocolate mousse: Campurkan gelatin dgn air hingga kembang. Kemudian, guna teknik double boiler cairkan gelatin hingga larut. Ketepikan. Cairkan pula coklat masakan (double boiler), masukkan kuning telur di ikuti mentega & gelatin yg di cairkan tadi. Gaul sebati. Angkat. Dlm mangkuk lain, putar putih telur & gula hingga kembang & kaup balikkan ke dlm adunan coklat yg masih panas, kemudian masukkan whipping cream yg telah diputar, gaul rata.
  • White chocolate mousse: (Adalah lebih baik sediakan mousse white coklat & mousse coklat sehari lebih awal & simpan dlm peti sejuk) Campurkan gelatin & air hingga kembang. Guna teknik double boiler,cairkan hingga gelatin larut. Ketepikan. Cairkan pula white chocolate secara double boil, masukkan kuning telur diikuti gelatin yg di cairkan, gaul hingga sebati. angkat. Dlm mangkuk lain, pukul putih telur & gula hingga kembang. Kaup balikkan kedlm adunan coklat yg masih panas, masukkan susu & whipping cream yg di putar. Gaul rata. Masukkan dlm peti sejuk 4 jam hingga beku. Kemudian, keluarkan & pukul dgn whisk guna high speed hingga pekat & bertanduk.
  • Cara2 menyusun: Potong kek kepada 4 lapisan. Letak lapisan kek pertama dlm loyang 9 inci (loose base tin). Tuang white chocolate mousse di atasnya & sapu rata. Letakkan lapisan kek kedua & tuang chocolate mousse di atasnya, ratakan. Latakkan pula lapisan kek ketiga & tuang baki white chocolate mousse & ratakan. Utk lapisan terakhir, letak kek diatas lapisan ketiga & simpan dlm peti sejuk semlmn. Keluarkan kek dr acuan, sapu tipis dgn chocolate mousse pd keseluruhan kek & sejukkan sekejap sampai beku. Letakkan kek atas wire rack & tuang coklat ganache, sejukkan sampai coklat keras. Potong guna pisau yg di rendam dlm air panas & lap.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN