Char Kew Teow, mudah dan sedap
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Char Kew Teow
Char Kew Teow, mudah dan sedap
BAHAN-BAHAN
- Bahan-bahan:
– Kew teow halus
– Taugeh
– Kucai
– Udang segar 4 ekor
– Telur sebiji
– 2 sudu sos tiram
– 2 sudu sos cili (maggi)
– 1 sudu sos tomato
– 2 sudu sos sotong
– 1 sudu cili kisar+bawang besar+bawang putih
– 1 sudu kicap masin
– 1 sudu kicap manis
CARA PENYEDIAAN
- cara-caranya: (paling lama 5 minit aje masak)
Panaskan minyak. Bila minyak sudah panas masukkan udang segar, tumis sampai keluar bau udang. Kemudian masukkan cili kisar, sos tiram. Biarkan seketika. Then masukkan air, sos cili, sos tomato, kicap manis, kicap masin, sos sotong. Kemudian masukkan kew teow, taugeh dan kucai. Jangan sampai kering, kalau dah kering tambah sedikit air lagi. Last sekali pecahkan telur kacau sekejap je then terus angkat. Ready untuk dimakan. Kalau sesiapa yang nak masin lagi tambahkan garam. Tak bubuh garam sebab sos tiram dan kicap masin dah cukup masin… - Klik untuk isi cara-cara di sini
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.