Sedap untuk makan petang…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Butter Bread Pudding

Sedap untuk makan petang…

BAHAN-BAHAN

  • 5 keping roti Gardenia
  • Mentega – disapu pada roti
  • 2 biji telur
  • 6 sudu besar gula
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 300ml susu segar
  • Prun, kiub nenas – hiris (boleh guna yang lain ikut kesukaan. Aprikot kering ke, strawberi ke…apa-apa yang suka)
  • Secubit garam
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven 170C. Panaskan susu biar suam sikit.
  • Sapu mentega atas roti dan potong 4. Susun dalam tin yang telah digris. Setiap lapisan tabur dengan prun dan nenas. Susun hingga penuh. Saya guna tin macam dalam gambar:
  • Pukul telur dan gula sampai gula cair sikit. Masukkan susu suam yang dicampur garam. Kacau. Masukkan vanila. Kacau rata.
  • Tuangkan dalam tin yang dah disusun roti tadi. Tekan-tekan sikit biar semua roti kena bancuhan tadi.
  • Bakar selama 35 minit atau hingga masak – suhu bergantung pada jenis oven. Saya guna oven kecil je.
  • Biar sejuk sikit dalam oven (buka sikit pintu oven) dan terbalikkan. Sedap dimakan panas atau sejuk (simpan dulu dalam peti ais).

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN