Ban sosej goreng (guna mesin pembuat roti). Ubahsuai sikit resipi & cara buat ban tuna semalam, tapi masih guna tepung gandum.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Bun Sosej Goreng
Ban sosej goreng (guna mesin pembuat roti). Ubahsuai sikit resipi & cara buat ban tuna semalam, tapi masih guna tepung gandum.
BAHAN-BAHAN
- Untuk ban:
- 180ml air
- 15g mentega
- 3/4 sudu kecil garam
- 1 sudu besar gula
- 330g tepung gandum
- 1 sudu besar susu tepung
- 1 sudu kecil yis segera
- Untuk salutan luar:
- 1 biji telur
- Serbuk roti
- Untuk bahagian dalam: 8-10 batang sosej
- Minyak secukupnya untuk menggoreng nanti
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan kesemua bahan-bahan, ikut susunan tu, ke dalam mesin pembuat roti. Ikut arahan mesin anda untuk buat doh. Dah siap, bawa keluar doh dan tumbuk untuk keluarkan angin.
- Bahagikan kepada 8, buat bulat-bulat kemudian biarkan rehat selama 10 minit.
- Selepas 10 minit, ambik satu doh, gentel memanjang dalam 20cm. Dua-dua hujung dileperkan sket (buat dengan jari aje), sebab nak tempekkan sket pada sosej nanti. Kemudian, tempekkan bahagian leper tu pada sosej kemudian lingkarkan doh pada sosej (bahagian mula/hujung tak dibaluti dengan doh xpe); tengok gambar tu. Ulang buat sampai habis doh. Selepas itu biarkan dalam 40-50 minit atau naik sekali ganda daripada saiz asal (gambar ni ambik masa lepas 30 minit begitu).
- Untuk salut: pecahkan telur sebiji, kacau sket dengan garpu. Pastu, amik serbuk roti, letak atas piring/pinggan leper, ratakan. Ambik satu ban, sapu rata dengan telur (semua bahagian) kemudian salut/golek/taburkan serbuk roti pada semua bahagian ban.
- Panaskan minyak dalam kuali. Dengan api sederhana, gorengkan ban tadi.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.