Tidak pasti apa nama sebenar bubur ini. Memang dari kecil guna nama itu. Biasanya di kampung, orang akan buat masa nak beritahu “berita baik”. Hehehe.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Bubur Pulut Lemak Hitam Putih
Tidak pasti apa nama sebenar bubur ini. Memang dari kecil guna nama itu. Biasanya di kampung, orang akan buat masa nak beritahu “berita baik”. Hehehe.
BAHAN-BAHAN
- 1 cawan beras pulut
- 3 cawan air **
- 3 sudu besar santan pekat (saya guna yang dalam tin tu)
- 3 sudu besar gula merah
- 1 sudu besar gula pasir (kurangkan kalau tidak mahu manis sangat)
- Garam secukup rasa
- **Air ni..ikut suka nak banyak mana. Kalau pekat sangat, boleh tambah 1 cawan air lagi. Kalau suka pekat, 3 cawan dah cukup
CARA PENYEDIAAN
- Pulut dan air…direbus sampai pulut kembang.
- Masukkan santan pekat…kacau sebati.
- Tambahkan sedikit garam. Kemudian asingkan 1/4 bahagian dari bubur pulut tu ke dalam bekas lain.
- Masukkan pula gula pasir dan gula merah dalam 3/4 bahagian bubur pulut yang tinggal. Kacau sampai rata.
- Bila nak makan, cedukkan sedikit bubur pulut putih ke atas bubur pulut merah =)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.