Sekali-sekala pekena bubur sedap jugak. Silalah cuba.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Bubur Nasi Qashira
Sekali-sekala pekena bubur sedap jugak. Silalah cuba.
BAHAN-BAHAN
- 240 gm beras
- 750 ml air
- 2 sudu besar minyak sapi
- 2 ulas bawang besar, 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 1 cm halia
- 1 helai daun pandan
- 2 keping dada ayam (potong dadu)
- 100 gm daging kisar
- 1 sudu besar rempah kari daging
- 1 sudu makan lada putih
- 500 ml santan pekat
- 1 bunga lawang, 3 bunga cengkih, 1 kayu manis
- 5 biji buah pelaga
- 1 helai daun ketumbar
- 1/2 sudu teh stok ayam (kalau suka)
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan beras dan air, masak atas api sederhana sehingga lembut.
- Kemudian panaskan minyak sapi dalam kuali, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, halia.
- Masukkan daging kisar dan ayam yang telah dipotong dadu tadi.
- Selepas itu baru masukkan serbuk lada putih dan serbuk kari, daun pandan, perasa ayam dan garam secukup rasa.
- Bila sudah masak, campurkan semua bahan yang ditumis tadi ke dalam periuk rebusan bubur.
- Bila bubur sudah hampir masak, masukkan santan dan masak hingga pekat.
- Bolehlah dihidangkan dengan hirisan daun bawang dan daun sup. Taburkan juga bawang goreng. Rasanya lebih umpphh sekiranya dimakan dengan kicap pedas.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.