“Selalunya time bulan puase senang la nk dapat bubur lambok kat masjid, time cm ni teringin teramat kena uat resepi sendiri la tuk sendiri makan”hehe..sesaper teringin bole ar try buat yek..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

BuBuR LaMbOk orang bujang

“Selalunya time bulan puase senang la nk dapat bubur lambok kat masjid, time cm ni teringin teramat kena uat resepi sendiri la tuk sendiri makan”hehe..sesaper teringin bole ar try buat yek..

BAHAN-BAHAN

  • 1 1/2 cawan beras
  • 1 cawan air
  • 1 kotak santan (jenama m&s 200ml)
  • Udang (dibuang kulit)
  • Daging (dipotong kecil, seeloknye rebus dulu)
  • Sebatang serai (dititik)
  • Halia sebesar ibu jari (diracik halus)
  • 2-3 kuntum bunga lawang
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu besar jintan manis (goreng dulu tanpa minyak hingga kekuningan) *
  • 1 sudu besar jintan putih (bahan ni di goreng dulu tanpa minyak hingga kekuningan) *
  • 1 sudu besar lada hitam *
  • 2 sudu besar udang kering *
  • *Kesemua bahan ni hendaklah di tumbuk lumat.
  • Bahan-bahan tuk hiasan :
  • Daun sup (dihiris halus)
  • Lada hijau dan merah (dihiris halus)
  • Bawang goreng
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak lebih kurang 2 sudu besar. Tumiskan kesemua bahan-bahan yang ditumbuk lumat, sertakan serai, bunga lawang, kulit kayu manis, halia, (tumis hingga naik bau).
  • Masukkan secawan air, beras dan santan. Kacau hingga sebati.
  • Kemudian masukkan daging dan udang. Bila dah agak mendidih boleh masukkan kiub ayam. (kalau pekat bubur nya atau kurang air bole tambahkan air sedikit).
  • Akhir sekali masukkan sedikit garam dan kacau rata bubur. Sedia tuk dihidang dengan tambahan bahan hiasan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN