Bagaimana cara nak masak Bubur Kacang Merah ABC?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Bubur Kacang Merah ABC
Bagaimana cara nak masak Bubur Kacang Merah ABC?
BAHAN-BAHAN
- 1 cawan kacang merah besar/ kidney beans (Direndam selama 7-8 jam)
- 1 cawan air
- 1 cawan gula pasir
- 2 sudu gula merah
- 2 helai daun pandan (Disimpul)
- 2 sudu makan sagu mata ikan
- 1 cawan santan pekat
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Rebuskan kacang merah sehingga lembut dan kelihatan pecah. Tuskan.
- Masakkan air, gula pasir, dan gula merah sehingga mendidih menjadi air gula.
- Tapiskan air gula ke dalam periuk berisi kacang merah dan masukkan
daun pandan. - Basuh dan tapiskan sagu mata ikan. Masukkan ke dalam periuk kacang.
Masakkan sehingga mendidih. - Masukkan santan dan garam. Masakkan lagi sehingga mendidih sambil kacau rata sehingga sebati.
- Sedia dihidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.