Resepi dari emak sejak dulu lagi… Senang dan sedap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bubur Jagung Sagu

Resepi dari emak sejak dulu lagi… Senang dan sedap.

BAHAN-BAHAN

  • 2 tongkol jagung manis mentah – dihiris nipis
  • 4 sudu besar sagu – yang halus @ kasar
  • Secubit garam
  • 100ml santan pekat (santan kotak @ tin @ fresh santan)
  • 1.5 liter air – dicampur dengan santan pekat
  • 3 sudu besar gula merah – tambah lagi jika nak warnanya lepbih perang
  • 5 sudu besar gula pasir – tambah lagi jika nak lebih manis
  • *** Kuantiti gula merah dan gula pasir hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yang diperlukan
  • *** Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kepada banyak kuah yang diperlukan
CARA PENYEDIAAN
  • Basuh sagu dan toskan. Jangan direndam. Basuh sekali lalu saja.
  • Masukkan jagung yang telah dihiris, santan pekat yang telah dicampur dengan air, dan juga garam ke dalam periuk.
  • Masak di atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
  • Masukkan pula sagu, gula merah dan gula pasir. Kacau hingga sagu bertukar menjadi jernih.
  • Siap untuk dihidangkan. Sesuai untuk minuman petang.
  • Sesiapa yang tak suka sagu, tak bubuh pun tak apa.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN