Bagaimana cara nak masak Bubur Berempah?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bubur Berempah

Bagaimana cara nak masak Bubur Berempah?

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan beras (Direndam 30 minit dan tuskan) 
  • 4 cawan air 
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • ½ inci halia (Dihiris)
  • 1 sudu teh halba campur 
  • 2 sudu makan serbuk kari ikan 
  • 2 keping isi ikan tenggiri (Dipotong 4) 
  • 1 biji terung bulat (Dipotong kecil) 
  • 1 sudu makan air asam jawa 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Beras direbus dengan air dan sedikit garam sehingga kembang di dalam periuk dan ketepikan. 
    2. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang di hiris dan halba campur sehingga wangi. 
    3. Masukkan rempah kari ikan, isi ikan tenggiri, terung, air asam jawa dan garam. Kacau rata. Masakkan sehingga terung lembut. 
    4. Tuangkan ke dalam periuk berisi bubur nasi. 
    5. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN