senang dan ringkas bagi penggemar mushroom
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Brocoli Mushroom
senang dan ringkas bagi penggemar mushroom
BAHAN-BAHAN
- 10-12 kuntum cendawan kering (direndam semlmn dan tukar air dan diperah sehingga air bertukar jernih)
- brocoli (ikut suka) – (dicelur dlm air panas + sedikit garam)
- 5 ulas bawang putih
- 3 sdb sos tiram
- air secukupnyer
- minyak utk menumis
- 1sdk tepung jagung + air
- 1sdk minyak bijan (jika suka)
CARA PENYEDIAAN
- Celur brocoli yg telah dipotong dlm air panas yg telah diletak sedikit garam, bila dah setengah masak, angkat, toskan dan direndam dgn air sejuk, toskan – untuk mengelakkan brocoli jd terlalu lembut – ketepikan
- Panaskan minyak didlm kuali dan tumis bawang putih yg telah dicincang sehingga bertukar menjadi perang, angkat bawang putih yg telah digoreng dan tinggalkan sedikit didlm kuali, masukkan cendawan yg telah ditos dan digoreng seketika.
(sblm tu cendawan td gaul dgn sedikit minyak dan gula – utk lebih sedap dan berkilat) - kemudian masukkan air dan sos tiram.. biarkan mendidih selama +-15minit baru larr dimasukkan brocoli
- apabila hampir masak, masukkan bancuhan tepung jagung bagi memekatkan kuah
- apabila hendak menghidang taburkan bawang putih goreng dan minyak bijan (tp saya x letak pon..) diatasnya.. dan bolehlah dinikmati bersama keluarga
- * jika suka bolah ditambah udang..
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.