Drop cookies

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Blueberry Cookies

Drop cookies

BAHAN-BAHAN

  • 240g tepung
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 biji telur
  • 80g gula halus
  • 60g gula perang
  • 1/2 biji kulit lemon – parut
  • Beberapa titik esen vanila
  • 100g mentega – suhu bilik
  • 100g blueberry
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim.
  • Campurkan kedua-dua jenis gula. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam mentega tadi sambil dikacau.
  • Pukul telur dengan garfu dalam 3-4 kali. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega tadi. Kacaukan.
  • Masukkan pula kulit lemon yang diparut dan juga esen vanila. Kacaukan.
  • Ayak tepung dan serbuk penaik. Selepas itu masukkan ke dalam adunan mentega. Masukkan juga blueberry. Kacau rata.
  • Alas dulang dengan kertas oven. Ambil satu sudu adunan dan letakkan (drop) ke atas kertas oven tadi. Buat sampai habis. Tekan sedikit biskut dengan bahagian bawah sudu untuk jadi rata. Sebelum tu, celupkan bahagian bawah sudu ke dalam tepung.
  • Bakar dalam oven selama 10 – 12 minit dengan suhu 180C.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN