Signature cookies mak, sedap dan berkhasiat, susah sikit nak dapat resepi yang tepat sebab mak agak2 ikut sedap tangan je, terpaksalah anaknya buat pemerhatian dan kiraan sendiri masa mak adun biskut, itulah istimewanya air tangan mak
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
{Biskut Suri Quaker Oat}
Signature cookies mak, sedap dan berkhasiat, susah sikit nak dapat resepi yang tepat sebab mak agak2 ikut sedap tangan je, terpaksalah anaknya buat pemerhatian dan kiraan sendiri masa mak adun biskut, itulah istimewanya air tangan mak
BAHAN-BAHAN
- 400 g oat original (bukan yang instant)
- 200 g tepung gandum
- 170 g gula halus
- 280 g minyak sapi QBB (bukan nak iklan tapi kalau guna jenis lain, rasa biskut akan berbeza & tidak sesedap ini)
- 2 biji kuning telur
- 1/4 cmt serbuk pewarna kuning telur
- Marjerin untuk melenser loyang
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan oat, tepung dan gula halus ke dalam mangkuk adunan. Gaul rata dan ramas sedikit supaya oat agak hancur. Oat tidak perlu dikisar kerana akan menjadi terlalu halus dan menghilangkan rasa aslinya. Jika terlalu kasar pula adunan sukar diterap dengan cantik mengikut bentuk acuan.
- Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi lembut, sebati dan boleh dikepal bulat. Gunakan minyak sapi secukupnya sahaja kerana ia akan menjadi cair dan lebih berminyak. Perlu pandai mengagak kerana jika terlalu berminyak biskut akan kembang. Disarankan gaul menggunakan tangan sahaja supaya boleh merasa kelembutan dan keseuaian adunan.
- Panaskan oven, campurkan serbuk pewarna kuning telur dengan kuning telur untuk disapu di atas biskut.
- Terap mengikut bentuk kesukaan anda. Acuan asal adalah bentuk bulat menggunakan bahagian belakang acuan biskut aluminium, tetapi sekarang tiada lagi acuan seperti itu, semuanya dibuat dari plastik.
- Susun biskut ke dalam loyang yang telah dilenser dengan marjerin. Sapu kuning telur ke atas biskut.
- Bakar dalam oven suhu 150 darjah Celcius selama lebih kurang 15 minit di atas para bawah (jauh dari api). Perhatikan selalu kerana kuning telur cepat masak. Untuk mengetahui biskut telah masak perlu dilihat di sebelah bawah biskut bertukar menjadi sedikit perang. Kuning telur lebih cantik setakat bertukar menjadi oren.
- Biarkan agak sejuk barulah dikeluarkan dari loyang kerana biskut ini agak rapuh semasa panas.
- Alaskan dengan kertas minyak untuk setiap lapisan biskut di dalam balang. Selamat mencuba !
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.