Oreo kan belum buat kukis yang ada kekacang lagi,jadi truya pun tolong dorang mempelbagaikan tekak pulak.rasanya memang sedap.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Biskut crunchy oreo
Oreo kan belum buat kukis yang ada kekacang lagi,jadi truya pun tolong dorang mempelbagaikan tekak pulak.rasanya memang sedap.
BAHAN-BAHAN
- 3/4cwn tepung gandum
- 1cwn tepung jagung
- 1cwn marjerin
- 3/4cwn gula merah
- 1biji telur
- 35g cashewnuts&macadamias(truya guna brand tong garden)
- 10keping biskut oreo(asingkan krimnya)
- 1sdk baking powder
- 1/2sdk soda bicarbonate
- Beberapa titik esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
- Kekacang dan oreo diracik kasar.
- Tepung gandum,tepung jagung,baking powder dan soda bicarbonate digaul bersama.
- Dalam mangkuk lain,krim oreo,marjerin,gula merah,telur dan esen vanilla digaul sebati.
- Satukan no.2&3 menjadi doh.masukkan biskut oreo dan kekacang tadi.rehatkan 15min.
- Doh akan bertukar kaler jadi gelap.alaskan loyang dengan aluminium foil.ambik doh sebesar biji guli dan tekan atas loyang nipis2.
- Bakar 130’c selama 15-20 minit.apabila biskut dah masak,angkat dan sejukkan.
- Biskut memang lembut semasa baru dikeluarkan dari oven tetapi akan mengeras apabila dah sejuk sikit.tandanya apabila ia mudah dialih dari aluminium foil.
- Simpan dalam bekas kedap udara.yang tepi nie gambar kukis truya dari tepi.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.