Bergedil ini ringkas tapi sedap sebab ia berisi daging. Resipi ini cuba-cuba sendiri; dibuat mudah kerana susah untuk mendapatkan daun sup & daun bawang di Sydney.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Bergedil Yang Simple
Bergedil ini ringkas tapi sedap sebab ia berisi daging. Resipi ini cuba-cuba sendiri; dibuat mudah kerana susah untuk mendapatkan daun sup & daun bawang di Sydney.
BAHAN-BAHAN
- 1/4 kg daging kambing atau lembu dikisar/dicincang
- 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 1 sudu teh jintan
- 1 kg kentang (dibuang kulit, dipotong kecil-kecil & direbus)
- 2 sudu makan bawang goreng
- 2 sudu teh garam (untuk kentang)
- 2-3 biji telur (dipukul rata & tambahkan 2 sudu teh garam)
- 2 sudu teh lada hitam
- Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan 1 sudu makan minyak masak & tumiskan bawang hingga layu. Kemudian, masukkan jintan.
- Masukkan daging cincang tadi & goreng hingga masak.
- Rebus kentang hingga lembut & lumatkan dengan senduk setelah air rebusan dibuang. Masukkan 1/2 mangkuk telur yang telah dipukul dengan garam (1/2 mangkuk lagi untuk salut/balut bergedil sebelum digoreng).
- Taburkan garam (2 sudu teh), lada hitam (2 sudu teh), bawang goreng (2 sudu makan), daging cincang yang sudah digoreng tadi & gaul hingga rata. Kemudian bulatkan bergedil (40 biji kecil) & letak di atas pinggan/ dulang rata & simpan di dalam peti sejuk supaya tidak lembik.
- Panaskan secukup minyak untuk menggoreng bergedil. Saluti/baluti bergedil dengan 1/2 mangkuk telur tadi & masukkan satu-persatu ke dalam minyak panas. Pastikan minyak cukup panas & tiada terlalu banyak bergedil supaya ia tidak pecah.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.