
Kebanyakan restoran makanan segera pada masa kini telah menggunakan mesin layan diri termasuklah McDonald’s.
Musim cuti sekolah ini pasti ramai ibu bapa yang membawa anak-anak berjalan dan akan singgah sebentar di mana-mana restoran.
Apa Yang Berlaku Sehingga Pesanan Itu Mencecah Berbelas Ribu Ringgit
Menerusi lantaran video yang dikongsi oleh rmdhn_._, kelihatan dua orang kanak-kanak sedang seronok memesan makanan menggunakan mesin layan diri di sebuah restoran makanan segera.
Menjadi persoalan, di manakah ibu bapa kanak-kanak itu sehinggakan mereka boleh membuat pesanan mencecah 17 ribu ringgit?

Rata-rata warganet menantikan reaksi ibu mereka jika pesanan itu diteruskan.

Ada juga yang mengatakan pesanan sebanyak 17 ribu itu mampu sama seperti membelanja satu kampung atau satu sekolah.

Baca juga:
Gadis Ini Selamba Jadikan Beras Sebagai Kudapan, Rupanya Ramai Buat Perkara Sama!
Pesan ‘Ice Water’ Untuk Jimatkan Duit, Terkejut Tengok Pesanan Yang Datang
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














