Hasil idea dari blog Skyblue (Lydia)…tapi saya cicah dengan sambal asam cili padi. Boleh pengsan lepas makan, terima kasih Sky.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bendi Kukus

Hasil idea dari blog Skyblue (Lydia)…tapi saya cicah dengan sambal asam cili padi. Boleh pengsan lepas makan, terima kasih Sky.

BAHAN-BAHAN

  • 500 g kacang bendi, cuci bersih dan jangan dipotong, toskan
  • Sedikit garam
  • Untuk Sambal Asam:
  • 10 – 15 biji cili padi
  • Belacan bakar sebesar ibu jari
  • Asam jawa sebesar duit 20 sen, bancuh dengan sedikit air
  • 2 – 4 biji limau kasturi (bergantung pada kemasaman)
  • Secubit garam dan gula sebagai perasa
  • 1 biji bawang besar (sederhana)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan kukusan, taburkan sedikit garam pada bendi yang telah dicuci dan ditoskan tadi. Kukus kurang lebih 3 minit. Bila bendi mula lembut, angkat dan terus masukkan ke dalam bekas berisi air yang berendam dengan air batu, atau air dari peti sejuk. Biarkan bendi berendam untuk 5 minit. Angkat dan toskan.
  • Sambal:- tumbuk cilipadi, belacan hingga lumat, masukkan bawang besar dan tumbuk sedikit (jangan terlalu halus). Masukkan jus asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula. Perah jus limau kasturi sehingga mencapai tahap kemasaman kita kehendaki.
  • Bolehlah dihidangkan sebagai makanan sampingan bersama lauk pauk yang lain.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN