resepi ni reka sendiri.mmg sedap dan kenyang!
xyah beli dekat kedai sbb dah boleh buat sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

begedil sausage sedap

resepi ni reka sendiri.mmg sedap dan kenyang!
xyah beli dekat kedai sbb dah boleh buat sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • 4-5 biji kentang saiz sederhana besar
  • 3-4 batang sausage
  • sedikit tepung gandum
  • 2 biji bawang merah (cincang halus)
  • 2 ulas bawang putih (cincang halus)
  • sedikit serbuk jintan manis
  • 2 biji telur ayam
  • garam
  • minyak
CARA PENYEDIAAN
  • kupas kulit kentang dan rebus sehingga kentang lembut (cucuk dengan garpu).
  • sementara menunggu kentang empuk, dlm kuali yg lain, panaskan minyak.
  • tumis bawang merah dan bawang putih yg di cincang halus tadi.
  • kemudian,masukkan sausage yg dipotong halus2.
  • biarkan sehingga sausage masak.apabila sausage sudah masak, masukkan serbuk jintan manis dan sedikit garam.
  • kacau sebati.kemudian,boleh tutup api.
  • apabila kentang sudah empuk,keluarkan kentang dari periuk.dan boleh lenyekkan kentang sehingga menjadi doh.
  • kalau kentang terlalu lembik,masukkan sedikit tepung gamdum.kacau sebati.
  • kemudian,masukkan sausage yg dimasak tadi ke bersama kentang yg dijadikan doh tadi.
  • kepal-kepalkan menjadi bentuk begedil.setelah buat bentuk bulat2, penyekkan doh diatas tapak tangan supaya menjadi leper.
  • dalam mangkuk yg lain,pecahkan telur ayam.
  • kemudian,celupkan begedil ke dlm telur dan siap untuk digoreng.
  • goreng begedil menggunakan api yg kecil.kalau tidak ubi di dalam begedil lembik dan mudah serap minyak.
  • boleh makan begedil sausage ni sambil cicah sos cili :)
  • ps- yg kat tengah gambar tu lebihan telur.bulan goreng telur hancur2..hihi

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN