stew versi melayu. sedap dimakan bersama garlic bread

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Beef Stew with Meatball

stew versi melayu. sedap dimakan bersama garlic bread

BAHAN-BAHAN

  • MEATBALL:
  • 700gm daging cincang/kisar
  • 170gm biskut cream cracker (hancurkan)
  • 6 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
  • 1 inchi halia (tumbuk lumat)
  • 1 sdb garam
  • 1 1/2 sdb serbuk lada sulah
  • 2 sdb tepung jagung
  • sedikit daun sup (potong halus)
  • 1 biji telur
  • 2 biji telur (untuk menggoreng)
  • BAHAN STEW:
  • 1 inchi halia
  • 10-15 tangkai cili kering
  • 8 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • satu set lengkap rempah tumis
  • 1 sdk oregano (optional)
  • 100gm @ 1 tin kecil tomato puree
  • 115gm @ 1/2 botol kecil sos tomato
  • 3 liter air
  • 1 batang tulang rusuk lembu (potong kecil dan rebus dahulu. Ketepikan bersama stoknya sekali)
  • 1 sdb tepung jagung (bancuh bersama sedikit air)
  • 2 biji carrot (potong segiempat tepat)
  • 7 biji kentang (potong 4 menegak dan goreng)
  • Kobis bunga
  • P/S: Jika tak ada tomato puree, masukkan saja 1 botol kecil tomato sos sebagai gantinya. [x]
CARA PENYEDIAAN
  • MEATBALL: Campurkan semua bahan (kecuali 2 biji telur untuk menggoreng), dan gaul sebati.
  • Bentukkan bebola (saiz jangan terlalu kecil sbb biasanya saiz untuk stew agak besar).
  • Gaulkan ke dalam telur yang dipukul dahulu sebelum menggoreng.
  • STEW: Kisar halia, cili kering, bawang putih dan bawang merah. Kemudian, tumis bahan ini bersama rempah tumis sehingga garing.
  • Masukkan pula tulang bersama-sama air stoknya sekali. Kemudian, tambahkan lagi air (3liter).
  • Apabila sudah mendidih, masukkan tomato puree& tomato sos. Kacau.
  • Masuk pula garam, serbuk perisa (jika suka), kobis bunga dan carrot.
  • Bila kobis & carrot sudah separuh masak, masukkan air campuran tepung jagung.
  • Akhir sekali, masukkan meatball dan kentang goreng.
  • Kacau sedikit dan matikan api. Boleh dihidang bersama garlic bread atau apa-apa jua hidangan bersesuaian.
  • P/S: Tak semestinya guna tulang rusuk lembu. Boleh juga guna any other parts ataupun tulang-tulang ayam seperti kaki, leher etc.. dengan timbangan yang setara.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN