Resipi ni dari majalah Sedap. Bebola Kentang Berinti Keju sesuai sebagai makanan ringan tuk bebudak. Bukan takat bebudak, mak budak pon suka! Tak caya?? Tanyalah mak budak kat sini, apa jek makanan bebudak suma mak dia bedal. Kahkahkah! CREDIT TO MAJALAH SEDAP

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bebola Kentang Berinti Keju

Resipi ni dari majalah Sedap. Bebola Kentang Berinti Keju sesuai sebagai makanan ringan tuk bebudak. Bukan takat bebudak, mak budak pon suka! Tak caya?? Tanyalah mak budak kat sini, apa jek makanan bebudak suma mak dia bedal. Kahkahkah! CREDIT TO MAJALAH SEDAP

BAHAN-BAHAN

  • 300g kentang kukus, lecek halus
  • 2 sudu makan susu tepung
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/4 sudu teh serbuk pala
  • 1 sudu makan mentega tawar
  • Minyak
  • Bahan inti:
  • 22 ketul kiub keju
  • Bahan pelapis:
  • 2 biji putih telur, pukul ringan
  • 100g serbuk roti kasar berwarna oren
CARA PENYEDIAAN
  • Kacau rata bahan kulit
  • Ambil sedikit adunan. Leperkan. Intikan dengan kiub keju. Bentukkan bebola
  • Gulingkan dalam serbuk roti kasar. Celupkan ke dalam putih telur. Gulingkan lagi ke dalam serbuk roti kasar.
  • Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana sehingga masak.
  • Kalo tak jumpa kiub keju, leh gantikan dengan keju lain yang boleh mencair yer. Nak letak lain sebagai inti pon boleyyy!! Jangan letak batu sudaaa… Gambar kiub cheese

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN