Boleh juga guna lamb chop… saya guna rusuk sbb lebih garing bila di BBQ. Perlu di perap lebih kurang 5 jam atau semalaman so utk last minit cooking tak digalakkan)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

BBQ Rusuk Kambing

Boleh juga guna lamb chop… saya guna rusuk sbb lebih garing bila di BBQ. Perlu di perap lebih kurang 5 jam atau semalaman so utk last minit cooking tak digalakkan)

BAHAN-BAHAN

  • 5 kilo rusuk kambing ( 2 kilo kalau guna lamb chop)
  • 7 ulas bawang putih *
  • 3 cm halia *
  • 2 batang serai *
  • (Bahan-bahan yg bertanda * dikisar kering)
  • 3 sudu besar kicap
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar gula perang (brown sugar)
  • 2 sudu besar minyak masak
CARA PENYEDIAAN
  • Potong tulang rusuk (lebih bagus kalau masa beli terus suruh butcher potongkan), cuci bersih2 dan rebus dgn garam dlm 30 minit, angkat & toskan. (perlu direbus supaya daging tak liat & juga utk buang lemak yg berlebihan)
  • Utk pastikan bahan2 rata di seluruh tulang rusuh, gunakan bekas tupperware yg besar & bertutup.
  • Masukkan tulang rusuk & bahan yg diatas ke dlm tupperware, gaul serba sedikit dan tutup tupperware tu dan goncang-goncangkan tupperware tu utk pastikan bahan2 & tulang rusuk sebati
  • Simpan dalam peti sejuk semalaman. Minimum masa perapan adalah 5 jam. Kalau kurang dari tu takut bahan2 tak cukup serap.
  • Boleh panggang diatas bara api yg sederhana. Tak perlu pangang lama2 sbb rusuk tu dah direbus terlebih dahulu…
  • Tapi kalau cuaca tak berapa mengizinkan utk buat bara api, boleh gak guna oven atau masuk dlm kuali – tapi rasa kureng sikit ler…..
  • Kepada yg alergi makan kambing boleh gak cuba guna ayam atau lembu…sedap gak..
  • Jgn malu utk cuba ok…… ciao!!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN