Belajar dari kawan sambil bersembang saja. Balik rumah terus cuba sebab teruja nak tengok putarannya. Menjadi tapi tak berapa cantik…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bawang Wheelie

Belajar dari kawan sambil bersembang saja. Balik rumah terus cuba sebab teruja nak tengok putarannya. Menjadi tapi tak berapa cantik…

BAHAN-BAHAN

  • Untuk doh bawang:
  • 1 biji bawang besar ( dikisar tanpa air )
  • 1 sudu besar serbuk udang kering
  • Tepung gandum secukupnya
  • Untuk doh marjerin:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 70gm marjerin/mentega
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk doh bawang: Uli tepung dengan bawang yang dikisar + serbuk udang kering . Tambah tepung hingga adunan menjadi doh yang bulat. Bagi pada 3 bahagian.
  • Untuk doh marjerin: Uli semua bahan hingga menjadi doh yang bulat juga. Bahagi pada 3 bahagian.
  • Canai doh bawang dan doh marjerin berasingan.
  • Letakkan doh bawang di atas doh marjerin dan gulung.
  • Bungkus dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk ( 2-3 jam).
  • Keluarkan dan hiris nipis-nipis.
  • Goreng dalam minyak penuh.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN