lagi koleksi roll cake
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Banana Roll
lagi koleksi roll cake
BAHAN-BAHAN
- 5 biji telur kuning (L size)
- 40 gm gula pasir
- 60 gm minyak masak
- 200 gm pisang
- 1 1/2 sudu besar plain yogurt ATAUPUN jus lemon
- beberapa titik vanilla essence
- 60 gm air suam
- 140gm tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- -bahan untuk meringue-
- #5 biji putih telur (L size)
- #secubit garam
- #60 gm gula pasir
CARA PENYEDIAAN
- dengan mixer, pukul kuning telur dengan gula sampai keputihan dan kental.
- tuang sedikit demi sedikit minyak masak kedalam 1. pukul lagi sampai bila tulis no 8, akan tinggal sebentar sebelum hilang kat permukaan batter.
- dalam bekas lain, lecek pisang sampai jadi pes, campur yogurt, kacau. tuang kedalam 2. masukkan vanilla essence. masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau dibawah low speed.
4. ayak tepung dan BP 2 kali, tuang kedalam 3. kacau sebentar. ketepikan. - buat meringue yang kental dengan bahan bertanda #
- ambil 1/3 meringue kacau kedalam 4. sampai sebati. masukkan lagi 1/3 meringue, kaup balik dengan spatula. lastly 1/3 lagi.
- tuang kedalam dulang pembakar yg telah dilapik oven paper, bakar dalam 170? selama 15 minit ataupun bila check dengan lidi tak lekat. adunan diatas adalah untuk 2 dulang 28cmx28cm. kalau nak buat 1 dulang, separuhkan bahan2
- bila dah masak, keluarkan dari oven, letak oven paper diatas permukaan kek, terbalikkan. tutup dengan plastik wrap dan biarkan sejuk diatas redai.
- bila dah sejuk, boleh la sapu whipping cream dan pisang yang sebijik ataupun dipotong dadu dan gulung. balut dengan plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk untuk serasikan krim dengan kek. panaskan pisau dengan air panas ataupun burner sebelum memotong untuk mendapatkan permukaan kek yang cantik.
- note 1: lecek pisang betul2 sampai jadi pes untuk mengelakkan pisang dari mendap. boleh guna FP.
- note 2: boleh masukkan kedalam acuan chiffon cake berukuran 20cm dan bakar selama 40-45 minit. jadi la banana chiffon cake.
- tips: selepas meringue sudah kental dan tidak jatuh bila diterbalikkan, switch off mixer. cabut whipper dari mixer, dan kacau perlahan dengan whipper tadi untuk mendapatkan meringue yang smooth dan serata.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.