Idea bagi mufffin pisang yang biasa nampak lebih menarik..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Banana Choco Half & Half Muffin

Idea bagi mufffin pisang yang biasa nampak lebih menarik..

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A (diayak): 200g tepung gandum, 2 sudu kecil serbuk penaik
  • 100g marjerin
  • 80g gula
  • 2 biji telur
  • 100ml susu segar
  • 1 1/2 sudu besar serbuk koko
  • 60g coklat bar
  • 1 1/2 biji pisang dibuang kulit
CARA PENYEDIAAN
  • Ayak bahan A. Panaskan oven pada 180C. Dalam mangkuk, lecek pisang dengan garfu.
  • Parut coklat bar halus-halus.
  • Dalam mangkuk lain, pukul marjerin sampai jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula dan kacau sampai sebati.
  • Telur dipukul sedikit. Masukkan dalam (3) sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
  • Lepas adunan betul-betul sekata, masukkan bahan A diselang selikan dengan susu. Kacau bagi setiap kali bahan A dan susu dimasukkan dalam adunan. Mulakan dengan Bahan A dan akhirkan dengan bahan A.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukkan serbuk koko dan coklat yang diparut tadi. Satu bahagian pula dimasukkan pisang yang dilecek tadi.
  • Masukkan separuh adunan coklat dan separuh pisang (lebih kurang satu sudu bagi setiap bahagian) dalam bekas muffin. Bakar pada suhu 180C selama 25~30 minit.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN