Variasi dari muffin pisang yang biasa.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Banana Choc Chip Muffin

Variasi dari muffin pisang yang biasa.

BAHAN-BAHAN

  • 1 1/2 cawan tepung gandum *
  • 1 sudu kecil serbuk penaik *
  • 1 sudu kecil ‘baking soda’ *
  • 1/2 sudu kecil garam *
  • 3 pisang saiz besar, lecek
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 biji telur
  • 1/3 cawan mentega, dicairkan
  • (Campurkan bahan bertanda * dan ayak)
  • 1/2 cawan cip coklat (boleh dilebihkan)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven pada suhu 175C.
  • Dalam mangkuk besar, campurkan pisang yang sudah dilecek, gula halus, telur dan mentega. Kacau sedikit. Kemudian masukkan adunan tepung dan pukul sehingga rata.
  • Masukkan coklat dan kacau rata. **Jangan terlalu lama sebab nanti coklat tu mendap ke bawah**.
  • Skopkan adunan ke dalam acuan muffin dan isi 2/3 penuh.
  • Masukkan ke dalam oven. Bakar muffin mini selama 10-15 minit. Untuk muffin sederhana, selama 25-30 minit. Muffin yang sudah masak akan jadi sedikit anjal bila kita sentuh.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN