Lepas masak, simpan semalaman lagi sedap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Banana Caramel Poundcake

Lepas masak, simpan semalaman lagi sedap.

BAHAN-BAHAN

  • 120g tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 90g gula
  • 50ml minyak masak
  • 2 biji telur
  • 1 biji pisang (besar)
  • 30g gula dan 1 sudu besar air
  • 2 sudu kecil air
CARA PENYEDIAAN
  • Ayak tepung dan serbuk penaik. Alas bekas kek dengan kertas atau sapu dengan mentega supaya tak melekat. Naikkan suhu oven ke 180C.
  • Potong pisang lebih kurang 1cm panjang. Panaskan 30g gula dengan 1 sudu besar air sehingga perang. Padamkan api. Dengan perlahan-lahan masukkan 2 sudu kecil air dan pisang yang telah dipotong. Sejukkan.
  • Masukkan telur, gula, minyak ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Isikan kuali dengan air, panaskan. Bila air dah panas, letakkan mangkuk tadi. Kacau sehingga gula cair.
  • Masukkan tepung ke dalam no.3. Kacau sehingga sebati.
  • Tuangkan karamel ke dalam mangkuk no.4 tadi. Kacau dengan perlahan. Biar jadi bercorak-corak. Tuangkan ke dalam bekas kek.
  • Bakar dengan suhu 180C selama 35 minit.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN