Masakan kelate.. masa kecik2 dulu slalu tolong ma buat ni

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Percik Kelate

Masakan kelate.. masa kecik2 dulu slalu tolong ma buat ni

BAHAN-BAHAN

  • Sekor Ayam
  • 1 liter santan
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 Batang serai
  • 1 cm kunyit hidup (serbuk kunyit pun boleh jgk)
  • 1 sudu beras (direndam sekejap, dan ditumbuk hingga lumat)
  • 1 keping asam keping
  • 3 tangkai cili kering
  • Garam dan gula
CARA PENYEDIAAN
  • Tumbuk 1 inci halia dan 2 ulas bawang putih bersama garam yang secukupnya. Perapkan bahan tersebut bersama dengan ayam (saiz ayam tu bergantung pada individu).
  • Kemudian kukus ayam tersebut sehingga 3 suku masak. Kalau dah terlebih masak pun tak per jugak.
  • Sementara menunggu ayam tu masak, blendkan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, cili kering tadi bersama.
  • Masukkan kesemua bahan yang diblend, beras yang ditumbuk, santan, serai yang diketuk, asam keping, garam dan gula kedalam periuk. (Beras akan menyebabkan santan tu menjadi pekat dan berkeladak sedikit)
  • Masak kesemua bahan2 tersebut. Semasa memasak bahan tersebut, perlu diingatkan supaya sentiasa mengacau sehingga mendidih dan sehingga naik minyak. Bila rasanya dah ok, blehla tutupkan api.(Kalau guna santan kotak, memang takkan nak minyak walaupun kuah tu kering)
  • Ayam yang siap dikukus tadi bleh la dibakar.. sehingga keperang-perangan. Bila dan perang, cucurkan kuah santan tadi keatas ayam tersebut dan bakar lagi. Kalau agak2 susah nak guna cara ni, bakar guna oven pun bleh jugak.
  • Dah pun siap dan bleh la dimakan dengan nasi putih.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN