Resepi daripada mak.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ayam Masak Pedas
Resepi daripada mak.
BAHAN-BAHAN
- Ayam atau daging
- 2 batang serai
- Sedikit lengkuas – dimesin
- 3 ulas bawang putih – dimesin
- 1/2 ulas bawang besar – dimesin
- Cili kering ( mengikut citarasa untuk pedas ) – dimesin
- Sedikit cuka atau air asam jawa
- Sedikit garam, gula dan air
- Kicap
CARA PENYEDIAAN
- Potong ayam atau daging pada saiz kesukaan.
- Kisarkan kesemua bahan yang dimesin itu kemudian panaskan minyak dan tumis bahan yang dimesin itu dan masukkan ayam.
- Tambahkan sedikit air mengikut kuah yang dikehendaki, biar sehingga mendidih dan naik bau, masukkan air asam atau cuka, garam, gula dan kicap. Kacau lalu biarkan sehingga mendidih dan pekat.
- Apabila masak bolehlah dimakan bersama nasi atau dicicah bersama dengan ketupat. Sebab itu ayam atau daging dipotong mengikut kesukaan anda.
- Cubalah, sedap. Saya buat untuk cicah bersama ketupat di Hari Raya. Selamat mencuba.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.