pergh..nampak mcm byk bahan..tp semua bahan..memang stock ade kat dapur punya….sedapp gila…tambah 1 lagi koleksi masak berkicap..nanti letak gambar,,cabel lupa bawa ke ofis
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
AYAM MASAK METALIK
pergh..nampak mcm byk bahan..tp semua bahan..memang stock ade kat dapur punya….sedapp gila…tambah 1 lagi koleksi masak berkicap..nanti letak gambar,,cabel lupa bawa ke ofis
BAHAN-BAHAN
- Bahan A
- 1 ekor ayam – potong 16
- 10 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1/4 cawan kicap manis jalen
- 1/4 cawan air
- Bahan B
- 2 ulas bawang besar – dipotong bulat2
- 1 sudu makan lada hitam, 1 sudu makan jintan manis, 1 sudu makan biji ketumbar ( ditumbuk separa lumat)
- 2 sudu makan rempah kari Daging Baba’s bancuh dgn sedikit air
- 1 cawan air
- Kicap pekat manis – mengikut kehitaman dan kerasaan yang disukai
- 2 sudu makan sos tomoto
CARA PENYEDIAAN
- Blender Bahan2 A kecuali kicap dan ayam. Tuang bahan yg dikisar td ke dalam mangkuk besar. Masukkan ayam dan kicap. Perap selama 30-40 minit
- Tumis bawang besar sehingga layu. Masukkan rempah yg ditumbuk tadi..kacau seketika.
- Kemudian, Masukkan pes rempah kari. Kacau seketika..Kemudian boleh la tuang air, kicap,sos tomato dan ayam yang telah diperap(masuk sekali kuah2 perapan ayam)..jika nak banyak kuah..ekjas laa air n kicap
- Boleh laa tuang sedikit lagi kicap pekat jalen…mengikutt rasa dan lemak yang disukai. jika nak taruh garam n serbuk perasa di persilakan..tp saya tak bubuh..sbb dh ngam2 manis masin lemaknya
- Tutup kuali dgn tudung periuk yang bersesuai…agar ayam cepat empuk.Bila dah masak..boleh la taburkan Hirisan daun sup n bawang atau daun leek jika ada.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.