Ayam masak merah my style
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ayam masak merah
Ayam masak merah my style
BAHAN-BAHAN
- 1/2 ekor ayam
- garam kunyit
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 cawan sos cili
- 1/2 cawan sos tomato
- 1/2 cawan kicap
- 2 sudu besar sos tiram
- sedikit air
- 1cm halia
- 3 sudu besar cili giling- boleh tambah kalau nak lagi pedas
CARA PENYEDIAAN
- Bersih ayam dan potong kecik-kecik. Perapkan dengan garam kunyit selama 5 minit. Goreng dalam minyak penuh sehingga 2/3 masak.
- Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.
- Ambik 2-3 sudu besar minyak goreng ayam tadi. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
- Masukkan cili giling. Tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan sos, kicap, sedikit air dan ayam. Masak sehingga kuah pekat.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.