Resipi yang senang, boleh tambah halia jika suka.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Masak Kentang dan Cendawan

Resipi yang senang, boleh tambah halia jika suka.

BAHAN-BAHAN

  • 500gm ayam, dipotong
  • 3 biji kentang besar, dibuang kulit dan potong 6 setiap satu
  • 4 kuntum cendawan kering (saiz besar), direndam dan dihiris tebal-tebal
  • 1 sudu kecil tepung jagung/ubi, digaul dengan cendawan
  • 3 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • 2-3 cawan air
  • 2 tangkai daun ketumbar (jika suka)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga harum. Masukkan ayam dan goreng sehingga permukaan ayam jadi kering.
  • Masukkan cendawan dan kacau untuk 1-2 minit. Masukkan kicap pekat dan sos tiram. Kacau sehingga sos jadi kering, jangan sampai hanggus.
  • Masukkan air, biar didih dulu baru masukkan kentang. Masak selama 10 minit dengan api kecil.
  • Masukkan garam secukupya dan masak sehingga kentang jadi empuk. Dihidangkan bersama daun ketumbar.
  • Tips: Cendawan disalut tepung jagung/ubi supaya tidak menyerap terlalu banyak garam. Keringkan sos sebelum tambah air akan mengharumkan lagi kuah nanti.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN