Resipi ini selalu saya buat untuk jamu kawan-kawan @ masa buat barbeku. Versi saya sendiri.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ayam Madu BBQ
Resipi ini selalu saya buat untuk jamu kawan-kawan @ masa buat barbeku. Versi saya sendiri.
BAHAN-BAHAN
- 12 ketul kepak/peha ayam
- 4 sudu makan madu
- 1 sudu makan ketumbar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 2 inci halia
- 10 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3 sudu makan sos cili
- 3 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan cili boh (kalau mahu pedas boleh tambah)
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Kisar kering ketumbar, jintan manis & putih.
- Kisar/tumbuk halia, bawang merah & putih.
- Gaul semua bahan tadi ke dalam ayam. Sesuaikan rasa manis & masinnya.
- Perap semalaman @ sekurang-kurangnya 2 jam supaya semua bahan-bahan tadi meresap masuk ke dalam isi ayam.
- Panggang/bakar seperti biasa.
- Sedap makan begitu saja @ dengan nasi minyak, nasi putih dan sebagainya.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.