Masakan Selangor & Negeri Sembilan. Masa 45 minit, resipi sendiri semasa buat PROMOSI AYAM KAMPUNG DENGAN FAMA.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ayam Kampung Gulai Lemak Cili Padi Bersama Petai
Masakan Selangor & Negeri Sembilan. Masa 45 minit, resipi sendiri semasa buat PROMOSI AYAM KAMPUNG DENGAN FAMA.
BAHAN-BAHAN
- 1 ekor ayam kampung
- 2 sudu kunyit serbuk
- 2 inci kunyit hidup (ditumbuk)
- 2 ulas bawang merah (ditumbuk)
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 20 tangkai cili padi (ditumbuk)
- 10 papan petai
- 1 kilo santan pekat
- 2 gelas air
- 2 sudu garam
CARA PENYEDIAAN
- Bersihkan ayam. Potong 12. Lumurkan dengan garam dan kunyit. Panaskan kuali, tumiskan bahan yang ditumbuk. Bila wangi masukkan ayam dan digaul rata. Biarkan selama 10 minit. Masukkan santan, air, serai dan petai. Masukkan garam dan serbuk perasa. Masak hingga pekat.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.