Resepi alternatif kepada sup tomyam. Mudah, boleh diolah. (Maaflah tak berapa reti nak tulis resipi sebab saya laki)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Asian
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ayam Goreng Kunyit Paprik Tomyam
Resepi alternatif kepada sup tomyam. Mudah, boleh diolah. (Maaflah tak berapa reti nak tulis resipi sebab saya laki)
BAHAN-BAHAN
- 500g dada ayam (dipotong kecil, gaul bersama serbuk kunyit dan garam secukup rasa)
- 1 sudu besar pes tomyam (kalau boleh, yang diimport dari Thailand)
- 3 sudu besar sos cili Thai (jenama Life)
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 1 batang celery (dihiris)
- 3 ulas bawang putih (dipotong sangat halus)
- 2-3 batang serai (dihiris sangat halus)
- 5 helai daun limau purut (dihiris sangat halus)
CARA PENYEDIAAN
- Ayam digoreng kunyit. Saya lebih suka kalau ayam dihiris lebih halus dan digoreng lebih lama. Kalau garing lagi sedap.
- Tinggalkan sedikit sahaja minyak gorengan tadi, masukkan bawang besar. Tumis sampai layu.
- Selepas itu, masukkan bawang putih dan serai yang dihiris halus. Tumis sampai naik bau wangi.
- Masukkan pes tomyam dan sos cili Thai. Kemudian masukkan celery dan ayam yang telah digoreng kunyit itu tadi. Gaul sebati.
- Akhir sekali masukkan hirisan daun limau purut supaya bau wangi masa dihidangkan nanti.
- P/S: Kalau nak lagi best, boleh buat resipi sama dengan menggunakan cendawan shittake segar sebagai pengganti ayam. Terus ke langkah 2. Hari itu saya cuba dengan cendawan dan orang cakap memang sangat sedap. Cuma saya tak sempat tangkap gambar.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.